Radikalisme dan Ekstremisme dalam beragama
Pegajian Islam (MPU23012)
PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)
PENSYARAH : PUAN NOR ARYADA BT MAHMAD
KELAS : DPM2C
TUGASAN : FAHAMAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
AHLI KUMPULAN :
1. MUHAMMAD FAKHRUL HAFIZI BIN MOHAMAD ZAID (04DPM19F1112)
2. ISMA DANIAL BIN ABD RAZAK (04DPM19F1148)
3. MOHD HAIKAL AMIN BIN MOHD ISA (04DPM19F1079)
4. MUHAMMAD ARIEFF BIN MOHD SHAMSU AMRAN (04DPM19F1108)
1.0: Fahaman
Liberisma Di Malaysia
Pada sekitar abad ke 20, liberalisme agama telah berjaya menyusup
masuk dan menyebarkan ideologinya terhadap agama Islam. Pembawakan ideologi
liberal menjejaskan pegangan agama Islam kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip
agama Islam yang sebenar. Liberalisme agama adalah suatu cetusan pemikiran
liberal yang berupaya mempengaruhi aspek politik, ekonomi, sosial, agama dan
budaya sesebuah tamadun. Definisi liberalisme menurut Encyclopaedia Britannica
adalah satu falsafah hidup yang mengutamakan kebebasan akal sebagai matlamat
utama kehidupan. Ideologi sebegini akan mendorong manusia ke arah pembebasan
diri dari sebarang halangan moral, seterusnya mengurangkan ketegasan agama
dalam mengatur kehidupan setiap manusia (Terence Ball Harry K. Girvetz Kenneth
Minogue Richard Dagger, 2017). Manakala, liberalisme dalam Mausu’ah al-Murid
al-Arabiyyah (1981) pula adalah falsafah politik yang bersifat memperjuangkan
kebebasan individu seperti yang berlaku di Eropah pada awal abad yang ke-19.
Dasar yang dibawa ketika itu lebih menjurus kepada penentangan terhadap agama
dan pentadbiran kerajaan. Namun begitu, takrifan liberal berdasarkan Kamus
Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat (2007) adalah berbeza dari
ideology-ideologi di atas. Pengertian liberal kali ini memperlihatkan
kecondongan dalam menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan dan pemerintah yang
demokratik.
Konsep
Liberalisme Agama
Secara dasarnya, liberalisme agama bertujuan untuk membentuk
pandangan baru dalam agama Kristian. Pada awalnya, corak pemikiran ini dibangunkan
demi menyelesaikan konflik kongkongan daripada gereja. Walau bagaimanapun,
pendekatan ini akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan intelektual dan
pegangan agama Kristian (Abdul Aziz Mustafa Kamal, 2010: 98). Biarpun telah menghasilkan ketidakseimbangan
pegangan dalam agama Kristian, ia tetap berjaya juga mempengaruhi pegangan
agama Islam. Dalam Islam, liberalisme agama telah digunakan sebagai sebuah
ideologi yang mahu melonggarkan pegangan agama dengan menolak undang-undang
yang menyekat kebebasan hak asasi manusia (Shahrul Nazmi Sannusi &
Nurimanah Seman, 2018: 14). Matlamat
liberalisme agama adalah bertujuan untuk melakukan perubahan dalam agama Islam
dengan mentafsirkan semula prinsip-prinsip agama agar lebih terbuka dan bebas.
Menurut Charles Kurzman (1998: 4) dalam bukunya Liberal Islam a Source of Book
menyatakan Asaf Ali Ashgar Fyzee merupakan individu pertama yang mengusulkan
cadangan penjenamaan liberalisme dalam Islam. Usul tersebut mendapat perhatian
dunia kerana beliau seorang Muslim yang memiliki daya intelektual yang tinggi
pada tahun 1950-an. Sarjana ini berpendapat syariat perlu dikaji dengan
pemikiran yang kritis dan perlu disesuaikan dengan situasi abad ke-20.
Kepercayaan Islam yang lama perlu dibuang dan digantikan dengan kepercayaan
yang baharu. Penjenamaan Islam yang baharu pula tidak memerlukan nama yang
khusus, melainkan Islam Liberal (Michaelle Browers, Charles Kurzman, 2004: 6).
Islam Liberal tidak mempunyai pendefinisian yang khusus, tetapi boleh
disimpulkan sebagai satu usaha mengagung-agungkan modenisme Barat yang sangat
dikagumi kerana faktor kemajuan ilmu pengetahuan (Sulaiman Salleh al-Khirasyi,
2008: 105).
Antara
isu-isu yang dibahaskan oleh pendukung-pendukung liberal di Malaysia adalah:
·
Golongan
liberal berpendapat al-Quran perlu ditafsirkan semula dengan menggunakan
rasional akal (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007: 14).
·
Penceritaan
dalam al-Quran pula hanya bersifat sebagai teknik dakwah efektif yang digunakan
oleh para nabi, rasul dan umat terdahulu untuk berdakwah (Hafiz Firdaus
Abdullah, 2007: 15).
·
Golongan liberal juga mempunyai tanggapan
tersendiri mengenai hadith seperti hadith bukannya berasal daripada Nabi
Muhammad SAW, bahkan diciptakan oleh individu yang mempunyai kepentingan (Phayilah
Yama et. al. 2018: 6-7).
·
Manakala,
hadith-hadith seperti penceritaan alam ghaib seperti azab kubur, Padang
Mahsyar, Titian Sirat, Pengadilan, Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan Nabi Isa
suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya merupakan rekaan
para perawi hadith (Ismail Yusuff et.al, 2011: 66).
·
Pandangan
golongan liberal terhadap sifat nubuwwah yang dikurniakan kepada nabi hanyalah
satu sifat keupayaan dalam memimpin manusia ke arah kebaikan. Jika, ada manusia
lain yang mampu untuk membimbing manusia ke arah kebaikan, maka dia juga dikira
memiliki sifat nubuwwah (Nur Zainatul Nadra Binti Zainol et. al, 2016: 7).
KESIMPULAN
Liberalisme agama adalah
ideologi yang mahu meminggirkan agama dan mengamalkan penggunaan rasional akal
dalam menyelesaikan persoalan agama. Walaupun tidak dinyatakan siapa tokoh yang
menyebarkan fahaman ini di Malaysia namun, fahaman ini berlaku dalam masyarakat
Islam. Kemajuan teknologi juga menjadi faktor penyumbang kepada penyerapan
pantas ideologi ini pada masyarakat. Kesan yang dibawa oleh pemikiran ini juga
memberi kesan yang negatif kepada masyarakat Islam. Oleh itu, kajian ilmiah
secara susulan perlu dilakukan kepada masyarakat Malaysia agar kita mempunyai
pelan yang strategik untuk membendung liberalisme agama daripada terus
mengembangkan ideologinya.
2.0: KESETARAAN GENDER DALAM ISLAM
Terdapat
beberapa bentuk kesetaraan gender melibatkan hukum-hakam syariat yang
diiktiraf oleh
Islam. Hal ini merupakan manifestasi keadilan dalam syariat Islam kerana
tiada perbezaan
signifikan dalam perkara tersebut yang boleh membawa kepada
ketidakadilan.
Antara bentuk
kesetaraan gender yang diiktiraf dalam Islam ialah:
1. Kesetaraan dalam aspek ibadat dan pahala.
Lelaki
dan wanita pada pandangan Allah s.w.t. adalah sama. Allah s.w.t yang Maha
Bijaksana tidak
membezakan lelaki dan wanita dalam ibadat dan pahala. Ini adalah kerana
mereka
masing-masing dibebankan dengan tanggungjawab tersebut. Ini jelas dalam
firmanNya dalam
surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, “Dan tidaklah Aku ciptakan
jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaKu.” Sebagai balasan, lelaki dan wanita
yang
melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t akan mendapat ganjaran dan pahala yang
sama. Ayat-ayat
al-Quran di atas secara jelas membuktikan bahawa konsep kesetaraan
gender
diterapkan dalam aspek ibadat. Kesetaraan tersebut merangkumi pelaksanaan dan
ganjaran yang
diberikan kerana ia satu bentuk keadilan. Walau bagaimanapun, dalam
sebahagian
ibadat yang melibatkan aspek pelaksanaan, atas dasar dan prinsip keadilan,
syariat tidak
mengamalkan konsep kesetaraan gender kerana ia tidak memberi keadilan
kepada
pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh,
wanita yang didatangi haid tidak diwajibkan bersolat dan berpuasa.
Lebih dari itu,
solat-solat yang ditinggalkan oleh wanita ketika tempoh haid tidak dituntut
oleh syarak
supaya menggantikannya semula kerana ia akan membebankan wanita.
Berbeza dengan
lelaki, mereka diwajibkan qadha solat yang ditinggalkan kerana mereka
tidak didatangi
haid. Begitu juga halnya dengan kewajipan berjihad fi sabilillah. Jihad
fisabilillah
diwajibkan ke atas golongan lelaki kerana kekuatan yang ada pada mereka.
Jihad
fisabilillah tidak diwajibkan ke atas wanita kerana kelemahan mereka dari segi
jasadiah. Jelas,
ia satu bentuk ‘diskriminasi gender’ tetapi itulah keadilan yang sebenar-
benarnya.
2. Kesetaraan dalam aspek muamalat.
Wanita
sama seperti lelaki dalam hukum-hakam muamalat yang berkaitan dengan hak
manusia. Wanita
berhak melakukan sebarang transaksi kewangan menggunakan harta
miliknya.
Suaminya tidak berhak menghalangnya. Wanita berhak berjual-beli, bersedekah
dan melaksanakan
hibah jika tiada apa-apa halangan syar’ie seperti gila.
3. Kesetaraan dalam
aspek kekeluargaan.
Islam sebagai
agama yang adil memberikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan
isteri.
Sebagaimana suami dalam keluarga mempunyai hak dan tanggungjawabnya, wanita
juga mempunyai
hak dan tanggungjawabnya sendiri.
Perlu difahami bahawa
kesetaraan dari segi hak dan tanggungjawab ini bukanlah
kesetaraan
mutlak dari sudut jenisnya, kerana perbezaan penciptaan secara jasadiah dan
ruhiah adalah
berbeza. Yang dimaksudkan di sini adalah kategori tanggungjawab dan hak
bersama.
Al-Raghib al-Asfahani (1999) dalam tafsirnya mengulas ayat ini dengan
mengatakan,
“Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan suami isteri dalam satu keluarga
mempunyai hak
dan tanggungjawab masing-masing. Masing-masing memikul beban
menunaikan
tanggungjawab pernikahan mengikut kesesuaian fitrah penciptaannya. Hal-hal
seperti berusaha
mendapat zuriat, mendidik anak-anak, bergaul dengan baik, memelihara
dan menguruskan
rumahtangga serta melindungi semua ahli keluarga sepenuh daya adalah
tanggungjawab
bersama suami isteri.” (Al-Raghib al-Asfahani, 1999)
Oleh yang
demikian, sebagaimana wanita ada tanggungjawab kekeluargaannya,
wanita juga
mempunyai hak kekeluargaan yang perlu ditunaikan oleh suami. Ayat inisecara
tidak langsung mengangkat martabat wanita dalam Islam, tidak seperti masyarakat
lain yang pernah merendahkan martabat wanita dengan tidak memberikan mereka
sebarang hak.
4. Kesetaraan dalam aspek jenayah dan dosa.
Lelaki
dan wanita akan menerima hukuman yang sama jika mereka disabitkan dengan
pelakuan jenayah
yang sama. Lelaki dan wanita juga akan mendapat dosa apabila mereka
melanggar
hukum-hakam Allah s.w.t. Sebagai contoh, hukuman berkaitan jenayah zina
dan mencuri.
5. Kesetaraan dalam aspek menuntut ilmu.
Islam
memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita untuk menuntut ilmu. Bukan
lagi rahsia
bahawa di kalangan para sahabat Nabi s.a.w sendiri ada wanita yang diiktiraf
lebih berilmu
berbanding kebanyakan lelaki lain seperti Ummul Mukminin Saidatina
Aisyah r.a. Ini
semua adalah disebabkan galakan –bahkan perintah- Nabi s.a.w kepada
umatnya agar
menuntut ilmu tanpa mengira gender.
3.0: GOLONGAN
ANTI HADIS
Hadis merupakan sumber rujukan utama selepas al-Qur’an.
“Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang
dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW.”
Walaupun ia adalah asas utama dalam Islam, namun begitu terdapat segolongan
Muslim yang berani tampil untuk mengingkari sumber ini.
Maksud anti hadith
Golongan
yang menolak hadith secara total. Hadith nabi bermaksud segala perbuatan,
perkataan, taqrir yang disandarkan kepada Nabi Muhammad saw. Antara hujah
golongan ini menolak hadith ialah disebabkan proses penulisan hadith yang
lambat dan tidak relevan untuk digunakan pada masyarakat zaman sekarang.
Mengapa perlu menolak hadith?
Seperti
yang diketahui, para sahabat amat menjaga dan menitik berat berkenaan dengan
kandungan hadith. Apabila difikirkan dengan logik akal, wajarkah hadith ditolak
sedangkan para sahabat tegas dalam perkara tersebut. Hadith juga merupakan
sumber rujukan bagi Al-Quran untuk menghuraikan pernyataan di dalamnya.
Apakah kesan golongan anti hadis?
Golongan
yang dikenali sebagai Golongan Anti Hadis (GAH) ini telah menyebarkan pemikiran
sesat yang merosakkan bukan sahaja akidah bahkan akhlak umat Islam itu sendiri.
Oleh itu tujuan kajian ini di laksanakan bagi mengkaji kesan penyebaran
golongan anti hadis ini terhadap akhlak Muslim. Hasil dari kajian ini
menunjukkan bahawa pemikiran golongan anti hadis telah menyebabkan kesan yang
negatif terhadap akhlak umat Islam. Oleh yang demikian kebejatan pemikiran
golongan anti hadis ini hendaklah di basmi dari terus merebak. ini adalah untuk
memastikan masyarakat islam dapat hidup dengan lebih sejahtera dan aman dunia
dan akhirat.
· MAKSUD SYIAH
Dari segi bahasa - bermaksud satu kumpulan atau kelompok manusia
Dari segi Bahasa Arab - bererti pengikut dan
pembela seseorang
Dari segi istilah - Golongan yang berpendapat
bahawa Saidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama daripada
Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan.
- Gerakan Syiah ini mampu memecahbelahkan perpaduan
umat islam kerana fahaman yang dibawa dapat memesongkan akidah setiap umat
islam.Pada zaman ini,telah wujudnya pelbagai sumber yang boleh memesongkan
akidah umat islam dengan mudah terutama kepada generasi muda masa kini.Media
sosial yang sangat dekat dengan generasi masa kini sering memaparkan pelbagai
info yang mampu memesongkan akidah umat islam.
·
CIRI-CIRI SYIAH
- Golongan syiah tidak membasuh kaki ketika berwuduk malah mereka hanya
menyapu air dibahagian atas kaki sahaja
- Golongan syiah mengamalkan nikah mut'ah(nikah kontrak)
- Pengikut syiah tidak mengakhiri solatnya dengan salam,malah mereka
menepuk pehanya beberapa kali
- Mereka membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12
- Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 di dalam rumah khususnya di
dalam bilik
- Mereka harus bertaqiah iaitu berpura-pura untuk menarik golongan Ahli
SunnahWalJamaah untuk masuk syiah
·
CARA
PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA
·
Melalui ziarah rasmi dan tidak rasmi
- Rombongan-rombongan pemimpin Iran
ke Malaysia ziarah dengan program ceramah, keterangan berkenaan dengan akidah
dan ajaran Syiah.
·
Melalui pelajar yang belajar di
negara luar
- Contohnya, pelajar Malaysia yang
belajar di Iran dan mendapat biasiswa khas dari kerajaan Iran sebagaimana
terdapat juga pelajar di hantar ke Pakistan untuk mempelajari akidah dan ajaran
Syiah.
·
Melalui pegawai-pegawai luar Negara
- Mereka mengadakan ziarah ke Pusat
Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah. Melalui pemberian hadiah berupa buku,
majalah Syiah kepada Perpustakaan umum, universiti, kolej, masjid dan
penerbit-penerbit buku.
·
PERBEZAAN
SYIAH DAN AHLUS SUNNAH
SYIAH
|
AHLUS SUNNAH
|
Al-Quran telah diselewengkan oeleh para sahabat r.a
|
Al-Quran terpelihara daripada sebarang penyelewengan
|
Ali lebih hebat daripada Rasulullah
|
Rasulullah s.a.w lebih hebat daripada sekalian makhluk
|
‘ Aishah isteri Rasullah sebagai penzina’
|
Aishah isteri Rasulullah adalah suci dan merupakan ibu kepada
orang-orang yang beriman
|
Abu Bakar dan Umar adalah penjenayah
|
Abu Bakar dan Umar adalah sebaik-baik umat Islam selepas Rasulullah
s.a.w dan para nabi dan rasul
|
Mencerca kebanyakkan para sahabat dan menghukummereka adalah fasiq dan
murtad
|
Menghormati para Sahabat dan mempercayai mereka dipuji oleh Allah
SWT
|
·
IMPLIKASI/KESAN
GERAKAN SYIAH
✦Akidah seseorang individu akan rosak
- Orang muslim yang mengamalkan ajaran Islam wajib bertaubat kerana
pegangan Syiah ini sangat menyeleweng daripada
landasan agama Islam. Akidah umat Islam amat penting agar tidak berlakunya
murtad.
✦Keruntuhan
institusi kekeluargaan
- Berlakunya kerentakan di kalangan ahli
keluarga yang mempercayai ajaran sesat.Keretakan ini berlaku disebabkan
perbezaan akidah dan rasa curiga .
✦Negara Islam akan mundur
- Penglibatan dalam ajaran sesat akan menjadikan diri seseorang tidak
proaktif dan membuang masa kerana ajaran syiah ini sudah terang lagi bersuluh
menentang ajaran islam.
✦Pengabaian dalam tanggungjawab
- Penglibatan dengan ajaran syiah boleh membawa kepada pengabaian
tanggungjawab sebagai seorang suami,isteri,ibu,bapa mahupun anak.Hal ini
demikian kerana,fahaman syiah ini terlalu taksub dengan sesuatu benda dan boleh
menyebabkan kelalaian tanggungjawab.
✦Wujud keganasan
- Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran ini
memudahkan pengikutnya untuk melakukan keganasan seperti menindas umat islam
dengan cara mendera fizikal atau mengadakan peperangan untuk menunjukkan
pemberontakan.
·
KESIMPULAN
Dapat simpulkan bahawa golongan syiah ini sudah berani
bergiat aktif di negara kita.Malah,kegiatan mereka sukar diberkas memandangkan
cara dan perlakuan mereka normal seperti individu yang menganut agama islamyang
lain.Golongan syiah ini tetap mengenakan jubah,tudung,serban malah ada yang
berpurdah.Ini adalah salah satu taktik mereka untuk menarik satu persatu
masyarakat agar mengikut mereka mengamalkan syiah.
Selain
itu,golongan syiah ini cuba mempengaruhi pemikiran masyarakat tidak kira usia
sama ada kanak-kanak,remaja,atau golongan dewasa supaya ajaran syiah yang
dibawa mendapat ikutan yang ramai berbanding pengikut agama islam.Golongan
syiah ini terbentuk pada zaman dahulu kerana ingin menentang umat islam kerana
umat islam percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan nabi terakhir
sedangkan golongan syiah mempercayai bahawa khalifah selepas Rasulullah adalah
Ali bin Abi Talib.
Jelaslah bahawa syiah adalah suatu fahaman yang boleh
merosakkan aqidah malah fikiran masyarakat juga.Rakyat masa kini perlulah lebih
bertanggungjawab dan prihatin dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan
kediaman.Hal ini dapat membantu pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam di
setiap negeri untuk membanteras penyebaran syiah yang dilaksanakan secara
tersembunyi ini.Syiah masa kini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana
seiring dengan perkembangan teknologi,pelbagai media massa boleh mereka gunakan
untuk mempengaruhi minda masyarakat.
Akhir
sekali, pihak-pihak berkuasa telah melaksanakan usaha mendekati golongan syiah
ini akan tetapi tidak berhasil untuk mengesan dan mengenalpasti bukti ajaran
yang dibawa.Oleh itu,pelbagai rancangan perlulah diwujudkan agar,masyarakat
islam terhindar dari golongan yang menentang agama islam ini.Media massa perlu
menyekat aktiviti golongan syiah agar fahaman syiah tidak berleluasa di seluruh
media massa.Pengguna media massa perlulah mendalami agama islam dan bijak
mengenalpasti ajaran yang tersebar di dunia.
5.0 : BAHAYA PERJUANGAN DAESH TERHADAP UMAT ISLAM
Dunia dikejutkan
dengan kenyataan kumpulan Daesh yang menyatakan sebuah sistem khalifah
didirikan di muka bumi ini, kembali. Ketuanya, Abu Bakar Baghdadi, menyebut
bahawa beliau adalah ketua buat kesatuan Islam dunia dan umatnya, yang
berjumlah 1.6 bilion, dari Maghribi ke China dan Indonesia, kini mempunyai
kewajipan mematuhi dan memberi baiah kepadanya.
Apa yang menyebabkan
kebangkitan secara mendadak Daesh adalah lantaran konflik di Syria pada 2011
serta aspirasi Arab Spring yang menular di Asia Barat. Umat Ahli Sunnah Wal
Jamaah di bumi Syria, yang sekian lama ditekan rejim Bashar al-Assad,
mewujudkan penentangan bersenjata, dan akhirnya apa yang berlaku adalah konflik
berdarah yang mengorbankan ratusan ribu manusia dan tidak menampakkan tanda
berakhir hingga kini.
Keinginan untuk turut
menyertai konflik peperangan itu kelihatan amat menarik minat masyarakat dan
lebih malang lagi, telah menyaksikan idea keganasan dan penyertaan ke dalam
Daesh diromanticised menerusi penerbitan media mereka serta diberikan pemahaman
serta gambaran yang salah akan erti sebenar jihad.
Sebahagian ulama menyatakan,
apa yang berlaku di Syria dan Iraq, di bawah penguasaan Daesh tidak lain tidak
bukan, adalah fitnah di zaman ini dan menyeleweng daripada syariah. Ancaman
Daesh ini meliputi beberapa aspek, yang mana sisipan rencana kali ini akan
menyentuh dua daripadanya, yakni potensi penularan ideologi keganasan dari
kelompok pejuang yang pulang ke tanah air mereka dan kebarangkalian serangan
keganasan di tanah air sendiri.
Sasar muda-mudi
Ia juga ada kaitan dengan
penggunaan media sosial oleh kumpulan ini secara terancang, menarik dan
memenuhi cita rasa kumpulan sasaran mereka iaitu antaranya muda-mudi.
Antara kerisauan utama adalah
merujuk kepada Pejuang Pengganas Asing (FTF) dan agenda atau ideologi yang
dibawa kembali oleh mereka ke negara asal. Keadaan ini, khasnya kepada rantau
ASEAN, bukanlah suatu fenomena baharu. Pada 1980-an, ramai lelaki muda Asia
Tenggara ke Pakistan dan Afghanistan untuk membantu penduduk tempatan menentang
penjajahan Soviet di Afghanistan.
Sebar ideologi menyeleweng
Namun, apa yang membimbangkan
adalah penyebaran ideologi yang menyeleweng daripada fahaman syariat yang
sebenar dengan kewujudan kumpulan serpihan, antaranya seperti al-Qaeda dan
Jabhat Al Nusra. Lebih padah daripada itu, pembawaan dan pengembangan pemahaman
ini turut membabitkan aspek taktik peperangan gerila dan rangkaian perhubungan
dengan kumpulan pengganas seperti Jemaah Islamiyah (JI), yang bertanggungjawab
terhadap sebahagian besar serangan keganasan peringkat tertinggi di rantau
ASEAN dalam 15 tahun kebelakangan ini.
Kebimbangan ini amat nyata,
terutama dalam kalangan kerajaan di Asia Tenggara - memandangkan jika wujud
kelompok yang digelar FTF hasil dari serpihan peperangan di Afghanistan dahulu,
yang membangkitkan ideologi dan rangkaian keganasan seperti JI, maka apatah
lagi, kemungkinan lebih teruk fenomena FTF ini yang akan terhasil daripada
konflik perang di Syria dan Iraq masa kini.
Kebanyakan ahli Daesh dari
Asia Tenggara ini pada mulanya menyertai suatu gerakan sayap militan khas
bernama Khatibah Nusantara. Sayap militan ini juga berperanan dalam
mengembangkan ideologi dan sesi pengambilan pejuang dari rantau Nusantara, lalu
memberikan gambaran sebuah ancaman bersifat francais tempatan, sama ada negara
mahupun rantau ini, seperti mana tindak-tanduk Boko Haram dan Al-Shabab di Afrika.
Lantaran, konsep pembelajaran
menerusi internet, khasnya Google mahupun tunjuk ajar video dan bukan melalui
pihak berautoriti tradisional, semakin mendapat tempat, termasuk dalam kaedah
pembelajaran dan pencarian ilmu atau maklumat berkaitan hal ehwal agama. Ulama
dan fatwa daripada majlis agama kini mulai dipinggirkan sedikit demi sedikit
dan digantikan rujukan yang memihak kepada personaliti media sosial yang
memberikan makluman, kadangkala bersifat lebih kreatif, bergaya dan alternatif.
Walaupun pada dasarnya, hal
ini boleh diraikan kerana ia menimbulkan kepelbagaian suara dan merancakkan
kaedah pembelajaran, timbul persoalan dan kerumitan apabila ia tidak
bersumberkan ilmu sebenar, apatah lagi dalam persekitaran yang ideologi
esktremisme ini tidak dikawal atau terlalu dikawal lalu membawa kepada golongan
yang berkemungkinan terpengaruh dengan ekstremisme.
Kejadian terrorisme, baik
dalam skala besar mahupun kecil, yang dapat dilihat pada 2016 ini sahaja,
secara berterusan, dari Turki, Pakistan, Belgium dan lainnya, tanpa mengira
kaum, fahaman dan agama, membangkitkan gambaran ketegangan agama dan keganasan
pada peringkat global.
Komuniti dunia yang saling
hidup bersama kini dalam keadaan tegang dan timbul unsur ekstremisme, akibat
tindak-tanduk Daesh yang menimbulkan kemarahan, ketakutan, kegelisahan, baik
antara sesama Islam mahupun dengan bukan Islam.
Jadi, bagi menggerakkan suatu
gerakan efektif dan mengembalikan suatu semangat perdamaian, agensi yang
berkaitan, baik dalam dan luar negara, perlu mewujudkan suatu gerakan sinergi,
mengamalkan sesi bekerjasama dalam tiga aspek iaitu mengekang radikalisme,
penggubalan akta-akta zon konflik, dan melakukan sesi engagement dengan
penyokong dan pejuang yang tertangkap dari segi rehabilitasi dan integrasi.
Comments
Post a Comment